Jumaat, 31 Oktober 2014
Maksud prinsip pengurusan sastera
Maksud Pengurusan
-Satu proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal semua usaha ahli organisasi dan menggunakan sumber organisasi bagi mencapai matlamat dan objektf yang telah ditetapkan. ( Jangan lupa senaraikan kesemua prinsip pengurusan)
Perancangan
-Satu proses menetapkan matlamat dan memutusan jenis tindakan yang perlu diambil bagi mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan dengn cekap dan berkesan.
Pengorganisasian
-Satu proses penyusunan dan ppengagihan sumber manusia dan sumber lain untuk melaksanakan kerja/ tugas bagi mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.
Tenaga Kerja
-Tenaga kerja yang berkebolehan dan keupayaan dalam menjalankan aktiviti yang diberikan bagi mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan.
Kepimpinan
-Pemimpin yang cuba mempengaruhi gelagat pekerja/orang bawahannya untuk melaksanakan tugas yang diberikan agar matlamat dan objektif yang telah ditetapkan dapat dicapai dengan cekap dan berkesan.
Kawalan
-Satu proses pemantauan prestasi dan pengambilan tindakan untuk memastikan hasil dapai dicapai seperti yang dijangkakan.
Langgan:
Catatan (Atom)